Rumpun Wangi Sdn Bhd ditubuhkab pada 2022 dengan misi memberi peluang perniagaan kepada semua dengan menceburkan diri dalam retaill. Kami berpengalaman dalam bidang pertanian dan teknologi pengawetan terutamanya teknologi Retort. Pemilihan kaedah retort dalam penghasilan Jagung Cornnis ini adalah untuk menjamin kualiti, kesegaran dan khasiat yang sentiasa kekal sehingga 2 tahun.
Kami juga sangat menitik beratkan varian dan induk jagung yang paling berkualiti bagiu menghasilkan sais jagung yang besar, manis dan rupa bentuk yang sekata. Pemilihan hasil jagung juga sangat dititikberatkan dimana kami hanya memilih jagung Gred A untuk menhahasilkan Jagung Cornnis Premium kami